4.4.1
PENGENALAN
Tajuk
Taksiran tunggakan adalah tugasan ke 3 yang saya pilih bagi Laporan Akhir
Latihan Industri ini. Seperti yang telah di terangkan dalam tugasan yang
pertama, mana-mana majikan yang gagal mencarum ( MGM ) bagi tempoh yang
berkenaan, kini telahpun dikenalpasti. Oleh demikian, bagi majikan-majikan ini
yang masih gagal menjelaskan tunggakan bayaran, Pemeriksa akan meminta Majikan
untuk mengemukakan dokumen penggajian pekerja bagi tempoh tunggakan berkenaan.
Contoh dokumen Penggajian adalah seperti Rekod Gaji, Buku Daftar Gaji Pekerja
dan Slip Gaji bulanan.Taksiran tunggakan perlu dibuat bagi mengesahkan jumlah
sebenar tunggakan dan bilangan pekerja yang terlibat serta bayaran-bayaran yang
sepatutnya dikenakan caruman. Taksiran ini akan digunakan bagi tujuan
pembuktian jumlah tunggakan semasa prosiding Pendakwaan di Mahkamah nanti.
4.4.2 PERLAKSANAAN
Tindakan
pertama oleh Pemeriksa selepas mengenalpasti majikan yang terlibat adalah,
dengan mendapatkan dokumen penggajian dari pihak majikan yang terlibat.
Pemeriksa boleh mengeluarkan Notis 38(1)(b) kepada Pegawai syarikat yang
menghendaki pihak syarikat melalui wakil ataupun Pemilik perniagaan sendiri,
dalam masa 14 hari untuk mengemukakan salinan Dokumen penggajian pekerja bagi
tempoh tunggakan.
Selepas
dokumen penggajian diperolehi, Pemeriksa akan membuat satu laporan ringkas
tentang keengkaran majikan berserta jumlah taksiran. Sebelum laporan ini
dibuat, saya telah ditugaskan untuk membuat semakan maklumat pekerja seperti
nama dan nombor kad pengenalan pekerja. Saya juga membantu Pemeriksa
mengenalpasti jumlah gaji bulanan dan
juga bayaran-bayaran elaun lain yang diterima oleh pekerja. Semakan selanjutnya
dibuat dengan merujuk kadar potongan pekerja ke Jadual Ketiga ( Jadual Kadar
Potongan ).
Tindakan
seterusnya adalah mengunci masuk butiran pekerja dan jumlah gaji ke dalam
sistem taksiran EMS. Bagi tujuan tersebut, saya ditugaskan untuk mengunci masuk
maklumat seperti nama penuh pekerja, nombor kad pengenalan, dan nombor ahli
KWSP pekerja. Ini termasuklah jumlah gaji, elaun yang diterima dan jumah
Potongan. Taksiran yang telah disiapkan akan di cetak melalui Borang A Draf dan
akan disemak semula oleh Pemeriksa supaya tepat dan benar seperti yang tercatat
dalam Rekod Gaji.
Tindakan
ketiga pula adalah Pemeriksa akan membuat cetakan Borang E Draf dan akan
dirujuk kepada Penyelia bersama Laporan ringkas Pemeriksa bagi tujuan
pengesahan dan kelulusan Borang E Taksiran. Borang E ( Final ) akan dicetak
selepas kelulusan diperolehi.
Tindakan
keempat menerangkan tentang langkah seterusnya sebagai usaha untuk mendapatkan
kembali bayaran caruman yang tertunggak dari pihak majikan.Untuk itu, saya
ditugaskan membuat satu Notis Tuntutan Bayaran 14 hari untuk dihantar kepada
setiap Pemilik perniagaan atau Pengarah-pengrah syarikat.Melalui Notis ini,
majikan diberi tempoh selama 14 hari untuk menjelaskan keseluruhan tunggakan
atau sebahagiannya. Saya juga membantu Pemeriksa menyediakan Notis tersebut
untuk dihantar secara surat pos berdaftar kepada majikan. Notis ini juga dihantar sebagai peringatan
kepada Pemilik perniagaan atau Pengarah Syarikat untuk tuntutan bayaran sebelum
Pemeriksa membuat Laporan seterusnya untuk merujuk kes keengkaran majikan ke
pihak Makamah.
No comments:
Post a Comment