Saturday, 16 April 2016

1.2 OBJEKTIF LAPORAN



Laporan ini adalah untuk membuktikan secara bertulis apa yang saya pelajari dan memahami sepanjang tempoh masa saya menjalankan latihan industri ini. Hal ini boleh menjadikan sebagai satu sumber rujukan dan pengalaman kepada diri sendiri. Laporan ini juga sangat berguna untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan juga dapat digunakan untuk penambahan teori dan praktikal dalam jurusan akauntasi yang saya pelajari ini. Tambahan pula, membuat laporan ini akan memberikan impak yang positif pada masa yang akan datang.


 Objektif laporan seperti berikut:-

  • Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti sepanjang tempoh latihan industri menjadi bukti apa yang dipelajari dalam tempat latihan industri.
  • Pelajar dapat mengetahui dan mengingati segala kerja yang dilakukan semasa menjalani latihan industri di syarikat atau firma yang berkenaan.
  •  Pelajar dapat menerangkan secara teori segala yang dipelajari di tempat latihan industri.
  • Memudahkan pensyarah untuk menilai seseorang pelajar mengenai ketahapan mereka di tempat latihan industri.
  •   Pensyarah juga mendapat tahu tentang pelajar bahawa sejauh manakah mereka mendapat input yang teguh di tempat latihan industri mereka.
  •  Laporan industri yang disediakan perlu disahkan oleh  penyelia firma dan dapat dijadikan bukti bahawa latihan industri telah dijalani oleh seseorang pelajar dengan baik dan sempurna.
  • Laporan yang bersistematik dan padat dapat dijadikan panduan untuk masa hadapan.contohnya, semasa melanjutkan pelajaran atau alam pekerjaan yang baru.

No comments:

Post a Comment