Sepanjang
tempoh menjalani Latihan Industri, setiap pelajar praktikal dikehendaki
melakukantugas yang diarahkan oleh Penyelia. Pelajar – pelajar akan bekerja
mengikut waktu bekerjarasmi oleh Jabatan berkenaan. Pelajar juga berpeluang
untuk belajar dengan lebih terperinci tentang sesuatu prosedur kerja dan
perlaksanaan tugas dengan lebih berkesan dan sempurna.
Pegawai
dan kakitangan di pejabat ini juga mengambil berat tentang keperluan pelajar praktikal
dan sentiasa memberi tunjuk ajar dan panduan kepada pelajar. Ini dapat menolong
pelajar dalam proses menyempurnakan buku laporan Latihan Industri.
CATATAN PADA BUKU LAPORAN HARIAN
Buku
Catatan Harian merupakan dokumen penting untuk mencatatkan sesuatu aktiviti
atau tugasan yang dilakukan.Ia perlu dikemaskinikan sepanjang tempoh latihan
dan merupakan dokumen penting yang perlu dilengkapkan.
Buku
catatan ini amat penting bagi memastikan segala maklumat tentang kerja – kerja
yang dilakukan direkodkan dengan teratur sepanjang Latihan Industri dijalankan.Segala
maklumat penting harus dicatatkan dengan teliti untuk mengetahui tahap kemajuan
secara harian atau mingguan.
JADUAL LATIHAN AMALI
Waktu kerja
rasmi : 8.00
pagi – 5.00 petang
Hari kerja : Isnin hingga Jumaat
Cuti : Sabtu
dan Ahad dan Cuti Umum
8.00 Pagi : Berada
di pejabat dan perlu ‘touch in‘ kad
sebelum 8.00 pagi
8.15 Pagi : Menerima
arahan tugas dari penyelia mengikut Jadual Harian.
1.00 Petang : Rehat
untuk makan tengahari
2.00 Petang : Menyambung
tugas semula
5.00 Petang : Menyiapkan
laporan harian dan “ touch out “ kad kehadiran.
No comments:
Post a Comment