Saturday, 16 April 2016

1.0 PENGENALAN



Latihan Industri adalah salah satu syarat wajib bagi setiap pelajar Politeknik Balik Pulau ( PBU ) sebelum layak dianugerahkan Diploma Politeknik.
Latihan Industri diadakan dua kali setahun iaitu Sesi Jun dan Sesi Disember.Saya telah menjalani Latihan Industri pada sesi Disember 2015 dalam Semester yang keempat.Kursus yang saya jalani adalah kursus Diploma Teknologi Maklumat (pengaturcaraan).Saya menjalani Latihan Industri di Pejabat KWSP Taiping, Perak.
Pada setiap semester, Pihak Unit Latihan Dan Perhubungan Industri Politeknik Balik Pulau, Perak akan member peluang kepada pelajar untuk menempatkan pelajar – pelajar Politeknik Balik Pulau ke lokasi industri yang bersesuaian dengan kursus yang telah diikuti sama ada di jabatan kerajaan ataupun swasta.
Penempatan tempat latihan boleh dipilih oleh para pelajar sendiri atau melalui pihak Politeknik ini.Kadang-kala terdapat juga Latihan Industri yang dilakukan tidak sepenuhnya berkaitan dengan kursus yang di ikuti semasa berada di Politeknik Balik Pulau.
Walaubagaimanaun, latihan industri adalah perkara yang penting kepada pelajar-pelajar politeknik.Hal ini kerana pelajar dapat memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang lebih mendalam dan efektif. Selain itu, pengalaman yang dipraktikan dan diamalkan di alam pekerjaan akan menjadi sesuatu yang berinofasi dan dapat menguji setahap kemampuan serta pemikiran para pelajar dalam mempelajari tentang cara menyesuaikan diri dan menyelesaikan masalah semasa menghadapi masalah atau cabaran dalam sesebuah organisasi syarikat.
Dalam latihan industri pelajar tidak akan dinilai melalui ujian atau pemeriksaan tetapi pelajar akan dinilai melalui pemerhatian penyelia masing-masing yang berada ditempat latihan industri. Oleh itu, pelajar-pelajar perlu konsisten dalam menjaga imej politeknik mahupun prestasi pelajar itu sendiri. Pelajar itu akan dapat menilai sejauh mana kemahuan dan kefahaman dalam bidang masing-masing. Tambahan pula, pelajar akan mengetahui tentang persediaan diri dan dapat mengenal pasti kelemahan mereka dalam membuat sesutu pekerjaan. Pelajar akan menimba pelbagai pengalaman seperti pengalaman pahit atau manis tetapi itu merupakan lumarah di dalam menjalani latihan industri. Latihan industri ini dapat mewujudkan keyakinan dan sikap berdikari dalam diri seorang pelajar.
Di samping itu, saya juga sempat mengumpul gambar – gambar serta bahan lampiran yang berkaitan dengan kursus seperti yang terkandung dalam laporan ini dengan tujuan dapat memberi penerangan yang jelas kepada pihak politeknik.Keseluruhannya, masa saya banyak dihabiskan dengan aktiviti – akiviti yang dilakukan ataupun membuat kerja – kerja seperti yang diarahkan oleh penyelia.
Akhirnya sekali, laporan latihan industri disediakan sebagai pelaporan kepada pihak Unit Latihan Industri Balik Pulaus mengenai apa yang telah dilakukan oleh pelajar semasa latihan industri. Ini membolehkan penilaian dibuat ke atas pelajar tersebut samada objektif-objektif  latihan tercapai. Ianya juga boleh dijadikan sebagai panduan atau manual untuk melakukan tugas ketika bekerja setelah tamat pengajian nanti.

No comments:

Post a Comment