4.3.1 PENGENALAN
Pengurusan Rekod
meliputi tiga peringkat kitaran hayat rekod iaitu pewujudan, penggunaan dan
penyenggaraan serta pelupusan rekod.Pelupusan Rekod Awam perlu diberi keutamaan
oleh Jabatan/ Agensi Kerajaan kerana ianya merupakan komponen penting dalam
pengurusan rekod. Peraturan mengenai Pelupusan Rekod Awam pada masa ini
terkandung dalam beberapa dokumen yang berasingan antaranya Seksyen 26, Akta
Arkib Negara 2003 [Akta 629], Bahagian VI – VIII Panduan Pengurusan Pejabat Bil
5 Tahun 2007, Peraturan-peraturan Arkib Negara (Penetapan Borang-borang Bagi Pelupusan
Rekod Awam) 2008 dan Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan 2008. Oleh
kerana terdapat pelbagai dokumen berkaitan peraturan mengenai pelupusan rekod,
ianya mungkin menimbulkan kekeliruan di kalangan pegawai awam terutamanya yang
terlibat dan bertanggungjawab secara langsung dalam melaksanakan pelupusan
rekod awam di Jabatan/ Agensi Kerajaan.
Panduan
Pelupusan Rekod Awam yang dihasilkan oleh Arkib Negara Malaysia ini
mendokumenkan tatacara dan kaedah pelupusan rekod awam yang boleh dijadikan
panduan dan rujukan oleh Jabatan/ Agensi Kerajaan bagi melaksanakan pelupusan
rekod di jabatan masing-masing. Dengan adanya panduan ini, pelupusan
rekod-rekod yang terdapat di Jabatan/ Agensi Kerajaan dapat diuruskan dengan
baik dan terancang di samping membantu menjimatkan kos, ruang, masa serta
menyelesaikan masalah timbunan rekod di jabatan.
4.3.2Cara Pelupusan Dokumen
1. Susun dokumen
berdasarkan
- Jenis Pengeluran
- No.AhliRajah 4.3.1Susunan Dokumen
2. Asingkan borang dan dokumen sokongn (Sorting) mengikut susunan no. ahli kecil kepada besar.Rajah 4.3.2 Mengasingkan Dokumen
3.Listing
dokumen sokongan dan borang permohonan.
Rajah 4.3.3 Fail Rekod Dokumen |
4.Dokumen
Sokongan
- Pelupusan
ikut manual prosedur yang ditetapkan (Selepas
1tahun).Rajah 4.3.4 Contoh Dokumen Sokongan
-
Rajah 4.3.5 Borang permohonan
6. Masukan dokumen yang pelupus itu dalam kotak mengikut urutan.Rajah 4.3.6 Susun Di Dalam Kotak 7. Hantar kepada Arkib Negara Malaysia .
-
No comments:
Post a Comment