Saturday, 16 April 2016

8.0 RUJUKAN




1.      Laman Web www.KWSP.gov.my
      2.      https://infoklik.epf.gov.my
      3.      Staff – staff di KWSP Taiping
      4.      Risalah
      5.      Buku Laporan Tahunan KWSP 2015

7.0 LAMPIRAN

Rajah 7.1 Lawatan ke rumah ahli untuk pengeluaran membeli rumah /membina rumah

Rajah 7.2 Ke Kompleks Mahkamah Taiping bersama pegawai bagi kes majikan tidak membayar  caruman.
 
 Rajah 7.3 Persidangan di Hospital Taiping bagi ahli yang memohon pengeluaran Hilang Upaya


   Rajah 7.4 Lawatan ke rumah ahli bersama ketua cawangan untuk memberi sumbangan kerusi roda
                     

   Rajah 7.5 Membantu ahli untuk mencetak penyata tahunan / mendaftar i-akaun
              

Rajah 7.6 Ke mahkamah Parit Buntar bersama ketua penguatkuasaan , EncikTermizi L. Karim bagi kes majikan tidak membayar tunggakan caruman .

Rajah 7.7 Taklimat mengenai Mystery Shopper oleh staff di KWSP Taiping

Rajah 7.8 Membantu majikan mencetak borang A / membuat e-caruman

Rajah 7.9 Jamuan Perpisahan bersama staff-staff EPF Taiping bahagian Penguatkuasaan


Rajah 8.0 Sijil Tamat Latihan Industri dan sumbangan oleh Ketua cawangan iaitu Encik Yassin .

6.0 KESIMPULAN


           Saya bersyukur kerana berjaya menamatkan latihan industri ini di syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Taiping dengan jayanya. Sepanjang tempoh latihan industri , saya telah mendapat banyak pengalaman dan pengajaran melalui tugasan saya. Selain itu, saya juga telah dapat menambahkan lebih banyak ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan, pengurusan serta lain – lain bidang yang bersangkutan. Antaranya :

  • Saya telah memperolehi pendedahan dalam alam pekerjaan yang sebenar iaitu sikap berdikari, bertanggungjawab, ramah mesra amat diperlukan ketika mengendalikan pelanggan, kakitangan dan pengurus syarikat. Malahan saya juga harus berani bertanya agar tidak mengulangi kesilapan. Secara keseluruhannya kelebihan dalam berkomunikasi dan berinteraksi amat diperlukan. Saya juga turut mempelajari tugas – tugas berkaitan dengan perlaksanaan e – caruman dan penguatkuasaan bagi lebih mengetahui bagaimana proses kerja dijalankan.
  • Saya juga telah meningkatkan penguasaan yang tinggi dalam penggunaan komputer. Ini kerana, segala urusan dan tugasan yang dijalankan adalah melibatkan penggunaan komputer.
  • Saya juga telah mempelajari cara mengisi borang dan menyediakan surat – surat rasmi seperti borang A, borang KWSP 1 (i), borang taksiran, surat panggilan temuduga, surat panggilan taklimat, mancatat minit mesyuarat, dan sebagainya. Ini membolehkan saya mengisi dan menyediakan dokumen – dokumen rasmi dengan mudah dan tepat.
  •  Selain itu, melalui latihan praktikal ini saya juga dapat mempraktikkan apa yang saya telah pelajari dengan skop yang lebih luas dan mengukuhkan lagi penambahan ilmu saya. Semasa saya menjalani latihan industri, saya juga turut terdedah dengan persekitaran luar dan ini telah menjadikan saya untuk lebih berkeyakinan dan tidak kekok apabila berhadapan dengan majikan dan orang ramai.
                 Kesimpulannya, saya berasa amat gembira atas berjaya menjalankan latihan industri saya di syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) dengan sempurna. Saya amat berpuas hati dengan program Pengajian Perniagaan ini, yang menjadi komponen utama untuk diperakukan penganugerahan Diploma. Saya juga dapat memperolehi pendekatan yang mendalam kepada bidang tugas yang dipilih, malah saya berasa lebih matang dan berpengalaman untuk menghadapi alam pekerjaan kelak. Oleh itu saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Politeknik , Ketua cawangan , Pengurus , Kakitangan syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah banyak membimbing dan membantu saya sepanjang saya menjalankan latihan industri.

5.0 DAPATAN DAN CADANGAN


5.1 DAPATAN

          Semasa menjalani latihan industri di Syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Taiping, Perak.Latihan industri adalah perkara yang wajib bagi setiap pelajar menamatkan pengajian di Politeknik Malaysia. Setelah latihan industri ini tamat dijalankan , selama lima bulan , saya berpendapat latihan seperti ini adalah berpatutan dan wajar disertakan sebagai satu komponen utama dlam kurikulum pembelajaran Politeknik – Politeknik Malaysia , kerana latihan industri memberi pelbagai manfaat kepada pelajar. Mereka bukan sahaja dapat memantapkan pengetahuan mereka dalam bidang yang dipilih, malah juga dapat menghadapi suasana kerja yang sebenarnya. Oleh itu, saya ingin memberikan sedikit cadangan dan juga komen agar latihan industri ini dapat memberi pendekatan kepada pelajar – pelajar yang akan datang untuk mencapai objektif dan matlamat latihan industri secara maksimum.

5.2 CADANGAN KEPADA POLITEKNIK

         Pihak Politeknik perlu bertnggungjawab untuk menerangkan kepada pihak syarikat akan ojektif latihan industri. Pihak Politeknik hendaklah memberikan garis panduan perlaksanaan latihan industri kepada syarikat.Pihak Politeknik harus memberi pendedahan yang secukupnya berkaitan syarikat yang dipilih oleh pelajar Politeknik. Pelajar baru mengenali alam pekerjaan dan berani untuk menghadapi suasana yang berbeza serta menyesuaikan diri .Selanjutnya , pihak Politeknik juga harus mengambil langkah untuk mendedahkan syarikat – syarikat yang akan memberi latihan kepada pelajar Politeknik serta mengetahui objektif berkaitan latihan industri. Pihak Politeknik harus memastikan agar pelajar didedahkan kepada kerja – kerja yang bersesuaian dengan bidang yang dipilih.

        Saya juga bercadang agar latihan industri ini dijalankan di semester akhir , kerana pelajar akan dapat pengalaman dan keyakinan yang tinggi untuk menghadapi suasana kerja yang lebih mencabar. Di samping itu, masalah pengangguran juga dapat dikurangkan apabila pelajar dibenarkan untuk meneruskan kerja mereka di syarikat yang sama. Terdapat sebilangan syarikat yang menggunakan kesempatan ini untuk menjadikan pelajar praktikal sebagai pekerja sementara.Ini adalah kerana Program Sistem “online” diperluaskan di cawangan KWSP Taiping. Oleh itu, pelajar berkenaan tidak akan ada berkesempatan mempelajari bahagian – bahagian lain di pejabat. 

          Mengikut latihan industri, seseorang pelajar tidak semestinya melakukan satu jenis tugas, pelajar hendakah mempelajari sebanyak mungkin tugas kerja yang terdapat bagi tujuan menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya.Pelajar haruslah berterima kasih kepada pihak syarikat atas kesanggupan menerima pelajar Politeknik sebagai pelajar pratikal. 

5.3 CADANGAN KEPADA PIHAK SYARIKAT

         Pihak syarikat terlebih dahulu hendaklah mengetahui apakah tujuan sebenar pelajar  sesi menjalani latihan industri di tempat tersebut. Pihak syarikat perlu mengadakan satu sesi temuduga sebelum pelajar memulakan latihan praktikal supaya pihak syarikat dapat mengetahui latar belakang dan kebolehan pelajar.Pihak syarikat yang menerima pelajar untuk menjalani latihan industri ini seharusnya menyediakan satu rancangan program latihan industri bagi tempoh yang ditetapkan. Pelajar – pelajar latihan industri ini seharusnya diberikan jadual tugasan pada hari pertama sewaktu induksi .
          Justeru, pihak syarikat juga harus menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar praktikal. Pihak syarikat boleh meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap prestasi seseorang pelajar dengan memberi komen dan cadangan agar pelajar tersebut dapat memperbaiki kelemahan diri dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Pihak syarikat hendaklah memastikan disiplin pelajar di tahap yang baik dan haruslah sentiasa diperhatikan supaya pelajar tidak melanggar peraturan syarikat serta melaporkan dengan segera kepada pihak Politeknik apabila pelajar menghadapi dan memberi sebarang masalah kepada syarikat.

5.4 CADANGAN KEPADA PARA PELAJAR

        Para pelajar politeknik yang mengikuti latihan industri seharusnya berfikiran positif dalam apa jua keadaan yang berhadapan. Pelajar seharusnya menerima semua tugasan yang diberikan oleh pihak syarikat dengan minda yang terbuka.Ada syarikat yang menyuruh para pelajar untuk membancuh air untuk para pengurus. Dalam konteks ini pelajar tersebut haruslah melakukannya dengan fikiran terbuka dan tidak terpengaruh dengan para pekerja lain di syarikat tersebut. Adalah tidak elok bagi pelajar untuk menolak sebarang kerja lebih lagi tidak melawan cakap peenyelia kerana ini akan menjejaskan nama dan imej Politeknik. Jangan seperti bak kata pepatah kerana nila setitik habis susu sebelanga. Dalam apa jua keadaan yang berhadapan pelajar harus mencuba sedaya upaya untuk menjaga nama baik Politeknik. Tujuan latihan industri adalah untuk para pelajar mengenali dan menyesuaikan diri dengan alam pekerjaaan.

       Pelajar perlu memberi penumpuan yang sepenuhnya dalam kerja – kerjanya.Segala tuntuk ajar yang diberikan oleh pihak syarikat hendaklah difahami dan dipraktikkan dalam kerja – kerja yang dilakukan .Pelajar – pelajar juga hendaklah bertanggungjawab terhadap segala kemudahan yang diberikan oleh syarikat dan menggunakan dengan sebaik – baiknya. Pelajar – pelajar juga hendaklah mematuhi segala peraturan yang berkaitan dengan syarikat untuk mendisiplinkan diri sendiri . Nama pelajar dan status Politeknik hendaklah dijaga semasa menjalani latihan supaya syarikat tersebut menaruh kepercayaan yang sepenuhnya kepada kita dan pengambilan pelajar praktikal yang seterusnya boleh menjalani latihan industri pada masa yang akan datang.

4.4 TAKSIRAN TUNGGAKAN



4.4.1 PENGENALAN

         Tajuk Taksiran tunggakan adalah tugasan ke 3 yang saya pilih bagi Laporan Akhir Latihan Industri ini. Seperti yang telah di terangkan dalam tugasan yang pertama, mana-mana majikan yang gagal mencarum ( MGM ) bagi tempoh yang berkenaan, kini telahpun dikenalpasti. Oleh demikian, bagi majikan-majikan ini yang masih gagal menjelaskan tunggakan bayaran, Pemeriksa akan meminta Majikan untuk mengemukakan dokumen penggajian pekerja bagi tempoh tunggakan berkenaan. Contoh dokumen Penggajian adalah seperti Rekod Gaji, Buku Daftar Gaji Pekerja dan Slip Gaji bulanan.Taksiran tunggakan perlu dibuat bagi mengesahkan jumlah sebenar tunggakan dan bilangan pekerja yang terlibat serta bayaran-bayaran yang sepatutnya dikenakan caruman. Taksiran ini akan digunakan bagi tujuan pembuktian jumlah tunggakan semasa prosiding Pendakwaan di Mahkamah nanti.

4.4.2 PERLAKSANAAN

           Tindakan pertama oleh Pemeriksa selepas mengenalpasti majikan yang terlibat adalah, dengan mendapatkan dokumen penggajian dari pihak majikan yang terlibat. Pemeriksa boleh mengeluarkan Notis 38(1)(b) kepada Pegawai syarikat yang menghendaki pihak syarikat melalui wakil ataupun Pemilik perniagaan sendiri, dalam masa 14 hari untuk mengemukakan salinan Dokumen penggajian pekerja bagi tempoh tunggakan. 

           Selepas dokumen penggajian diperolehi, Pemeriksa akan membuat satu laporan ringkas tentang keengkaran majikan berserta jumlah taksiran. Sebelum laporan ini dibuat, saya telah ditugaskan untuk membuat semakan maklumat pekerja seperti nama dan nombor kad pengenalan pekerja. Saya juga membantu Pemeriksa mengenalpasti jumlah gaji  bulanan dan juga bayaran-bayaran elaun lain yang diterima oleh pekerja. Semakan selanjutnya dibuat dengan merujuk kadar potongan pekerja ke Jadual Ketiga ( Jadual Kadar Potongan ).

             Tindakan seterusnya adalah mengunci masuk butiran pekerja dan jumlah gaji ke dalam sistem taksiran EMS. Bagi tujuan tersebut, saya ditugaskan untuk mengunci masuk maklumat seperti nama penuh pekerja, nombor kad pengenalan, dan nombor ahli KWSP pekerja. Ini termasuklah jumlah gaji, elaun yang diterima dan jumah Potongan. Taksiran yang telah disiapkan akan di cetak melalui Borang A Draf dan akan disemak semula oleh Pemeriksa supaya tepat dan benar seperti yang tercatat dalam Rekod Gaji.

              Tindakan ketiga pula adalah Pemeriksa akan membuat cetakan Borang E Draf dan akan dirujuk kepada Penyelia bersama Laporan ringkas Pemeriksa bagi tujuan pengesahan dan kelulusan Borang E Taksiran. Borang E ( Final ) akan dicetak selepas kelulusan diperolehi.

            Tindakan keempat menerangkan tentang langkah seterusnya sebagai usaha untuk mendapatkan kembali bayaran caruman yang tertunggak dari pihak majikan.Untuk itu, saya ditugaskan membuat satu Notis Tuntutan Bayaran 14 hari untuk dihantar kepada setiap Pemilik perniagaan atau Pengarah-pengrah syarikat.Melalui Notis ini, majikan diberi tempoh selama 14 hari untuk menjelaskan keseluruhan tunggakan atau sebahagiannya. Saya juga membantu Pemeriksa menyediakan Notis tersebut untuk dihantar secara surat pos berdaftar kepada majikan.  Notis ini juga dihantar sebagai peringatan kepada Pemilik perniagaan atau Pengarah Syarikat untuk tuntutan bayaran sebelum Pemeriksa membuat Laporan seterusnya untuk merujuk kes keengkaran majikan ke pihak Makamah.


4.3 PELUPUSAN DOKUMEN



4.3.1 PENGENALAN
               Pengurusan Rekod meliputi tiga peringkat kitaran hayat rekod iaitu pewujudan, penggunaan dan penyenggaraan serta pelupusan rekod.Pelupusan Rekod Awam perlu diberi keutamaan oleh Jabatan/ Agensi Kerajaan kerana ianya merupakan komponen penting dalam pengurusan rekod. Peraturan mengenai Pelupusan Rekod Awam pada masa ini terkandung dalam beberapa dokumen yang berasingan antaranya Seksyen 26, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629], Bahagian VI – VIII Panduan Pengurusan Pejabat Bil 5 Tahun 2007, Peraturan-peraturan Arkib Negara (Penetapan Borang-borang Bagi Pelupusan Rekod Awam) 2008 dan Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan 2008. Oleh kerana terdapat pelbagai dokumen berkaitan peraturan mengenai pelupusan rekod, ianya mungkin menimbulkan kekeliruan di kalangan pegawai awam terutamanya yang terlibat dan bertanggungjawab secara langsung dalam melaksanakan pelupusan rekod awam di Jabatan/ Agensi Kerajaan.

                Panduan Pelupusan Rekod Awam yang dihasilkan oleh Arkib Negara Malaysia ini mendokumenkan tatacara dan kaedah pelupusan rekod awam yang boleh dijadikan panduan dan rujukan oleh Jabatan/ Agensi Kerajaan bagi melaksanakan pelupusan rekod di jabatan masing-masing. Dengan adanya panduan ini, pelupusan rekod-rekod yang terdapat di Jabatan/ Agensi Kerajaan dapat diuruskan dengan baik dan terancang di samping membantu menjimatkan kos, ruang, masa serta menyelesaikan masalah timbunan rekod di jabatan.

4.3.2Cara Pelupusan Dokumen


       1. Susun dokumen berdasarkan

  •                     Jenis Pengeluran 


  •                    No.Ahli
                                                            Rajah 4.3.1Susunan Dokumen

    2. Asingkan borang dan dokumen sokongn (Sorting) mengikut susunan no. ahli kecil kepada besar.
     
       Rajah 4.3.2 Mengasingkan Dokumen





            3.Listing dokumen sokongan dan borang permohonan.  
  Rajah 4.3.3 Fail Rekod Dokumen



          4.Dokumen Sokongan

  • Pelupusan ikut manual prosedur yang ditetapkan (Selepas 1tahun).
    Rajah 4.3.4 Contoh Dokumen Sokongan

       
    5. Borang permohonan


    •       Rajah 4.3.5 Borang permohonan

      6. Masukan dokumen yang pelupus itu dalam kotak mengikut urutan.
          Rajah 4.3.6 Susun Di Dalam Kotak
       
       
      7. Hantar kepada Arkib Negara Malaysia .